Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitran? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.
Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan".
Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan "اسلم" dalam dua pengertian :
- Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
- Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .
Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.
Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.
Berminat untuk melihat Qarin Anda? Cara untuk melihat Qarin anda (Klik Disini)