Popular Post

Posted by : Hollowmen June 05, 2013


Masih ingat pada Mona fandey?Seorang bomoh yang sangat terkenal dengan ilmu hitam?Tengok muka dia pon dah boleh nightmare kan? Cerita ni bukan la cerita baru, tetapi cerita ni Seronok untuk di baca malam-malam buta ni..

okey. Berbalik kepada kes Mona Fandey,Mona fandey,38,affandi,37 dan pembantunya Juraimi,24 didapati bersalah kerana telah membunuh ramai orang dan yang paling kejam,dia telah mengerat badan Allahyarham Dato' Mazlan kepada 18.Tapi aku dengar cerita,Mereka ada kerat mayat seorang perempuan,dan mayat tu dijumpai di rumah yang lain,yang tu aku tak sure.Mereka bertiga didapati bersalah dan menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,Allahyarham Dato' Mazlan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung peruas,Hulu Dong,raub di antara jam 11 malam 2 julai hingga 9.30 malam 13 julai 1993.Masa ni umur aku baru masuk 3 tahun.Di rumah tak bernombor itu juga,polis telah menjumpai anggota badan Allahyarham Dato' Mazlan yang telah dikerat 18.Kenapa Allahyarham menggunakan khidmat Mona Fandey?



Dipercayai Allahyarham telah lama kenal dengan Mona Fandey,dan Allahyarham menggunakan Mona fandey kerana ingin cepat kaya Gambar ni menunujukkan tongkat sakti dan songkok hikmat milik Affandi yang bernilai 2.5 juta hengget dan harus dipakai masa upacara spiritual,Affandi telah menjualnya kepada Allahyarham dengan cengkeram RM 500,000 dan Allahyarham juga telah menyerahkan geran tanahnya yang bernilai RM 2juta sebagai baki bayaran,Benda alah ni dikatakan boleh membuat Allahyarham menjadi menteri besar.Correct me if im wrong.

kali terakhir Allahyarham dilihat adalah pada 2 julai 1992.Pada 18 Julai 1993,laporan telah dibuat oleh bekas ketua UMNO bahagian Raub,selepas Allahyarham tidak muncul di beberapa majlis.Mona Fandey dan suamninya ditangkap di Wangsa Maju pada 20 julai 1993,manakala pembantu Mona fandey,Juraimi ditangkap 3 hari selepas itu.Mona Fandey dengan laki dia lepas pergi karaoke kot masa tu. Waktu perbicaraan ramai yang cakap "Mona makin lawa! Mona makin Lawa!".Mona Fandey seorang yang sangat suka bergaya.Kadang-kadang di waktu perbicaraan,pakaian Mona fandey terlalu seksi,nasib baik hakim tak kata apa-apa.Ada yang cakap Mona pakai pemanis pejadah haram semua,tapi mengikut fakta mahkamah,Mona fandey membuat beberapa pembedahan plastik di muka.Dr Wong,Doktor yang membedah muka Mona Fandey menyatakan yang Mona Fandey meminta untuk menjadikan wajahnya menjadi lebih muda dan cantik.Cantik ke Mona Fandey?Pada pandangan aku,seram.

Senjata yang digunakan
Teknik memotong
Gambar di atas adalah bahagian badan Allahyarham yang telah diekerat 18.tertuduh pertama adalah pembantu Mona Fandey iaitu Juraimi,tertuduh kedua adalah Affandi,tertuduh ketiga adalah Mona Fandey.Juraimi mengaku telah menetak Allahyarham .Dalam kenyataan Juraimi. "saya tetak leher Dato Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi."Juraimi mengaku lagi yang dia memotong sendi dan melapah kulit serta daging selepas mendapat arahan dari Affandi.Perlu diketahui bahawa juraimi adalah seorang pembantu yang setia,jujur dan amanah tapi lakhanat.Kemudia Juraimi masukkan Tulang dan daging ke dalam baisn dan curahkan ke dalam lubang stor yang telah digali seminggu lebih awal.Langkah terakhir yang dibuat Juraimi adalah menyimennya.Menurut Juraimi lagi kejadian itu telah dirancang oleh Mona Fandey dan Affandi di rumah milik Allahyarham di kampung peruas.Juraimi mengerat,menyelesaikan segalanya dalam masa setengah jam SAHAJA.

baju biru ialah Allahyarham
Juraimi
Affandi,suami Mona Fandey
Mula-Mula Allahyarham diminta oleh Mona Fandey untuk memakai kain sahaja seelum masuk ke bilik air.Affandi pula membawa dua biji bantal dan selimut dan sudah bersiap sedia di dalam bilik air tersebut.Kemudian,Allahyarham diarahkan untuk berbaring,dan Mona Fandey duduk di bahagian kepalanya sambil Mona Fandey meletakkan bunga di kepala Allahyarham.Ketika Allahyarham dalam keadaan macamtu,Affandi berkata kepada Allahyarham "Dato baring,nanti ada suara ghaib berkata,duit sebanyak ini akan jatuh".Orang kalau nak cepat kaya macam-macam sanggup buat,perbuatan syirik pon sanggup.Lepastu Affandi menutup mata mazlan dengan tangannya,kemudian Affandi memadam lampu dan menyalakan lilin dan berkata pada juraimi.JAP Sebelum tu nak bagitau Gondrong adalah nama samaran bagi Juraimi."Rong(Gondrong) tetak biar kena tepat,jangan salah tempat,kalau tidak,habislah".Kemudian Affandi beri isyarat tangan dan Juraimi menjalankan tugasnya untuk menetak segala bagai.

Nak tahu tak?Ala malula nak cerita,Tapi cerita jugak la eh,Buah zakar Allahyarham didapati hilang.Macam mana boleh hilang?entah.
Dr yang telah melakukan bedah siasat ke atas Allahyarham mengatakan yang bahagian betis kedua dua kiri dan kanan serta otot-otot lengan kanan Allahyarham hilang,lapisan dinding lemak pada abdomen pon hilang,hati,pundi hempedu,buah pinggang  dan usus dalam proses pembusukkan.Badan Allahyarham telah ditetak kepada 18 bahagian iaitu bahagian kepala yang telah dipisahkan daripada leher.bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada  bahagian ketiak,serta kedua-dua kaki tercerai pada pangkal peha.Bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pergelangan tangan dan siku sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian.Kaki kiri dan kanan jasad terputus kepada tiga bahagian iaitu pada peha,lutut dan buku lali.Ada yang cakap bahagian yang hilang tu dimakan oleh mereka.WallahualamSeram nehhh.

saat pengebumian Mona fandey
Sebelum Mona Fandey dihukum gantung sampai mati,dia ada mengatakan "I'm very Happy now".
Affandi pulak cakap :ini keputusan mahkamah bukan keputusan Tuhan,saya cuma minta maaf to God.I'm not the one who do it,but the one who do it (sambil merujuk pada Juraimi)"
Nota terakhir dari Mona Fandey adalah "saya ingin mati bersama suamiku"


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Welcome To This Story - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Hollowmen -