Popular Post

Posted by : Hollowmen June 04, 2013

Korang kenal siapa dia?
       Korang nak layan cerita yang erm... agak mistik jugaklah... Ni bukan cerita baru... Tapi tak ramai tahu. Korang ingat tak lagu Aku Tak Biasa, yang penyanyinya Alda. Tapi ni bukan pasal lagu Aku Tak Biasa... Ni pasal lagu lain. Lagu ini sangat menakutkan ok.. saya kompem takkan dengar lagu ni waktu malam lebih-lebih di dalam umah ni dan berseorangan..  

      saya agak tertarik dengan nama Alda ini hanya selepas saya membaca satu blog nama apa entah.. 

Sedikit sejarah mengenai Alda Risma.. Penyanyi dari negara seberang, Indonesia ini popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998.. Kemudian ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006..

Saya tak penah dengar lagu ni sebelum ni. 'It's this haunting melody from' Alda yang ramai tak pernah dengar. Takda klip video asal untuk lagu ni, yang ada ini pun mungkin telah dibuat oleh 'Fans' Arwah agaknya. Jadi korang layan. 'Just click play' sambil baca cita saya kat bawah. Kisahnya.. ni antara lagu terakhir yang di rakam oleh Alda... Korang carik wikipedia - Alda Risma baca sendiri. Rupa-rupanya dia pada mulanya, difikirkan telah mati akibat dos berlebihan dalam bunuh diri selepas kesan-kesan suntikan ditemui pada dirinya... Kemudian, teman lelakinya dikaitkan dengan kes ni... 

Kalau dengar lagu ni, korang akan perasan sesuatu yang pelik dengan lagu ni... 

Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

       Sejauh manakah kebenarannya, saya tidak tahu. Bila saya google lagi, saya dapati ada versi lain lagu ini yang berbunyi lebih kurang sama... Tajuk di sini ialah Rintihan Kuntilanak dan kononnya dinyanyikan oleh The Panas Dalam... 
Saya tidak tahu ia ada kaitan dengan Alda atau x... Tapi bila saya hayati betul2 lirik lagu ni, ada perbezaan sikit, terutamanya dalam lirik... Dalam baris ketiga dari korus, 'Ayo' atau ayuh, digantikan dengan kapan Mati lagi sekali... dan garis berganti ketiga dengan yang pertama... takde 'bunuh diri'... 


         Saya agaklah yang kumpulan The Panas Dalam buat 'cover' lagu ni kot, huhuhu. Entahlah... My song of the moment (minus gelak yang seram tuh yang tak sesuai nak dengar nak feeling emo malam-malam, lirik tanpa kaki and rambut terurai... imaginasi saya jadi menggila sikit)

         Saya taktau laa citer ni betul ke x... saya try cari citer dr internet... Citernya macam ni, selepas 3 hari lagu ni dirakamkan... Polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel... xpasti sama ada mati bunuh diri @ dibunuh...Yang pasti mati sebab overdose.... Tapi, lepas forensik cek mayat dia... Didapati dia dah mati 7 hari.... So...saper yg gi rekod lagu tu??? Hurm... lagu tu plak... Tetiba jer dah siap rekod... Pengurus pun taktau mana dtg... So... Apa pendapat korang??? 

P/S: Untuk membaca berita kematian Alda (Klik Disini) dan satu lagi (Klik Disini)

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. tu kan dah masok berita sana . mayat 7hari .lagu dikeluarkan 3 hari selepas kematian . producer pon tak tahu asal ???

    ReplyDelete

- Copyright © Welcome To This Story - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Hollowmen -