Kes jenayah paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia
By : Hollowmen
Pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris merupakan antara kes pembunuhan yang boleh dianggap paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.
Pembunuhan yang memeranjatkan negara itu berikutan penemuan tubuh Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam menggunakan simen, mempunyai ciri-ciri pemujaan.
Perbicaraan selama 69 hari pada 1994 mendengar cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang dan politik.
Jika tidak kerana kecekapan polis, pembunuhan yang dirancang rapi oleh pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail (lebih dikenali sebagai Mona Fandey) serta dilakukan oleh pembantu mereka, Juraimi Husin, mungkin terlepas sebagai jenayah sempurna.
Kehilangan Mazlan, ketika itu anggota Dewan Undangan Negeri Pahang berusia 49 tahun, pada awalnya tidak banyak menimbulkan syak wasangka tetapi apabila beliau gagal dihubungi oleh anggota keluarga lebih seminggu, polis mula bertindak.
Sebelas hari selepas pembunuhan itu yang terjadi antara 10 malam dan tengah malam 13 Julai 1993, polis menahan Juraimi tetapi hanya kerana dia disyaki penagih dadah.
Tetapi Juraimi kemudian membawa polis ke penemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikorek keluar dari bawah lantai simen dalam bilik stor dekat sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang.
Tidak kurang sensasinya ialah gambar di akhbar-akhbar menunjukkan Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob, mengeluarkan kepala Mazlan dari lubang itu selepas polis menemuinya.
Perbicaraan diberitahu bagaimana pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya dan arahan kepada Juraimi beberapa hari sebelum pembunuhan itu antara lain ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar.
Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.
Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan itu. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank di sini dengan alasan pasangan itu boleh menggandakan jumlah wang itu selepas Mazlan menjalani upacara `mandi bunga'.
Kisah di mahkamah mengenai pembunuhan itu sungguh menyeramkan - Mazlan disuruh baring sebelum Juraimi menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Affandi bahawa `duit yang banyak akan jatuh dari atap'.
Pihak pendakwa berhujah bahawa Mazlan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bukan untuk tujuan memberikannya kepada penyokongnya tetapi kerana dia percaya kepada tipu helah `wang buat wang' pasangan itu kerana dia memerlukan wang yang banyak bagi tujuan politik.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada masa itu bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO.
Juraimi hanya diberikan RM180 bagi menanam tubuh itu sebaik saja selepas pembunuhan oleh pasangan itu yang kemudian bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel.
Lapan jam selepas pembunuhan itu, Affandi dan Mona mula membeli-belah menggunakan wang Mazlan. Seawal 7.30 pagi keesokannya, mereka telah berada di bilik pameran kereta di Melaka untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz 280 walaupun kedai itu belum dibuka untuk perniagaan pada hari itu.
Sehari sahaja selepas pembunuhan itu, mereka membelanjakan lebih RM160,000 untuk membeli kereta, telefon bimbit dan barang kemas.
Beberapa hari selepas itu, pasangan itu, yang digambarkan di mahkamah sebagai kesempitan wang sebelum pembunuhan itu, membelanjakan lebih RM20,000 bagi barang kemas dan perabot.
Mona, yang pernah menjadi penyanyi, juga membayar RM13,000 untuk pembedahan plastik dua minggu selepas pembunuhan itu manakala suaminya menubuhkan beberapa syarikat.
Keseluruhannya, pasangan itu membelanjakan kira-kira RM300,000 dalam masa 10 hari membeli-belah sebelum penahanan mereka, satu jumlah yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh Mazlan dari akaun banknya.
Cerita yang diberitahu dalam pembelaan mereka juga tidak kurang sensasinya tetapi semua tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.
Affandi, misalnya, memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang RM2.5 juta kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik Allahyarham Presiden Sukarno - tongkat, tangkal dan songkok.
Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat pengampunan diraja.
Ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
Kronologi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris
Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.
Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?
Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).
Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.
13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.
18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.
19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.
20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.
23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.
1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.
10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.
15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.
17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.
26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.
18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.
3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.
12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.
9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.
10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.
Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.
24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.
2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.
Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.
Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi
P/S : Untuk lebih urm.. sila tengok Dukun 2007 untuk menghayati dengan lebih lagi (Klik Sini)

Jenis-Jenis Jin dan Makhluk Allah S.W.T
By : Hollowmen
Dari beberapa ayat Alquran, para ulama memahami bahwa jin memiliki kelompok-kelompok,bahkan masyarakat jin itu tidak ubahnya seperti masyarakat manusia. Allah SWT berfirman yang ertinya, “Hai jamaah/kelompok jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya, melainkan dengan kekuatan.” (Ar-Rahman: 33).
Kata jamaah/kelompok yang ditujukan kepada jin dan manusia menunjukkan bahawa antara masing-masing jenis itu–manusia dan jin–terdapat ikatan yang menyatukan anggota-anggotanya. Ini juga sejalan dengan petunjuk dalam Alquran surah Al-A’raf: 38 yang menyifati, baik manusia maupun jin, dengan kata umum (jamak: umat), yakni sekelompok makhluk yang memiliki ikatan kerana adanya persamaan-persamaan tertentu.
Selanjutnya, banyak ulama menegaskan bahawa jin, sebagaimana semua makhluk ciptaan Allah, terdiri dari dua jenis kelamin: laki-laki dan perempuan. Hal ini sejalan dengan hakikat yang ditegaskan oleh Allah antara lain dalam surah Yasin: 36, “Maha suci (Tuhan) yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Disebutkan di dalam surah Al-Jin: 6, “Ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin ….”
Selain keterangan dari Alquran, juga disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan melalui sahabat Anas bin Malik .a. yang berkata bahawa Nabi saw. apa bila masuk ke tandas membaca, “Ya Allah. Aku berlindung kepada-Mu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan.”
Kerana bangsa jin itu berjenis kelamin, yaitu laki-laki dan perempuan, maka mereka pun berhubungan seks. Jumlah jin juga sangat banyak, “Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).” (Al-A’raf: 179).
Sahabat Nabi saw., Abu Hurairah .a., menceritakan bahwa ia ditugaskan oleh Rasulullah saw. menjaga zakat pada bulan Ramadan. Pada suatu malam ia kedatangan seorang yang merangkak untuk mengambil makanan. Abu Hurairah menangkapnya sambil berkata, “Demi Allah, engkau pasti kubawa kepada Rasulullah saw.” Yang ditangkap itu berkata, “Aku perlu dan aku mempunyai anak-anak (keluarga).” Maka, Abu Hurairah melepaskannya. Peristiwa serupa terulang, dan pada malam ketiganya Abu Hurairah berkeras membawanya kepada Rasulullah saw. Yang ditangkap itu mengimbau sambil mengajarkan kepada Abu Hurairah agar membaca ayat Kursi sebelum tidur supaya terpelihara dari gangguan syaitan. Keesokan harinya Nabi saw. bertanya kepada Abu Hurairah apa yang dialaminya semalam, dan setelah dijelaskannya, Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya ia telah berucap benar kepadamu, walau sebenarnya dia pembohong. Tahukah engkau siapa yang engkau ajak berbicara sejak tiga malam?” “Tidak!” (jawab Abu Hurairah). Sabda Nabi saw., “Itulah syaitan.”
Dalam riwayat tersebut terlihat bahawa syaitan mempunyai anak dan keluarga dan bahwa dia memerlukan pula makanan.
Jin dapat Terlibat dalam Hubungan Seks antara Suami dan Isteri dari Golongan Manusia
jin dapat terlibat dan ikut berhubungan seks dengan isteri-isteri manusia serta anak-anak mereka. Hal ini dapat dipahami dari penggalan sebuah ayat yang berbunyi, “… berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak, ….”
Oleh kerana itu, Nabi saw. mengajar pasangan suami isteri agar berdoa sebelum melakukan hubungan seks dengan membaca, yang ertinya, “Ya Allah, hindarkanlah kami dari syaitan dan hindarkan pula syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.” (hari Bukhari dan Muslim).
Macam-Macam Jin
dalam konteks pembicaraan tentang jenis-jenis makhluk halus ini, ada beberapa riwayat yang menjelaskannya.
Rasulullah saw. bersabda, “Jin ada tiga macam. Ada yang memiliki sayap terbang di udara, ada yang berupa ular dan anjing, serta ada juga yang bermukim dan berpindah-pindah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam As-Suyuthi dalam Al-Jami’ al-Shagir, demikian juga Al-Hakim. Kedua ulama ini menilai bahwa riwayat di atas sahih. Namun, ulama lainnya menilai bahwa kedua ulamat tersebut cenderung longgar dalam penilaian mereka.
Riwayat lain dari pakar hadis Ibnu Abi Addunya di dalam Makaaid asy-Syaithan melalui Abu Darda .a., bahwa Nabi saw. bersabda, “Allah menciptakan jin tiga macam. Ada yang berupa ular, kalajengking dan bermukim atau berpindah-pindah, dan ada juga jenis yang akan dimintai pertanggungjawaban serta siksa. Allah menciptakan manusia tiga macam pula, ada yang semacam binatang, “Allah berfirman, ‘Mereka mempunyai kalbu, tetapi mereka tidak menggunakannya untuk mengetahui, mereka mempunyai mata, tetapi tidak menggunakannya untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak menggunakannya untuk mendengar; dan ada juga yang jasmaninya, jasmani manusia, tetapi jiwanya jiwa syaitan, dan ada lagi yang berada di bawah naungan Allah, pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya (hari kiamat).”
Dalam rentetan perawi hadis ini, terdapat orang-orang yang dinilai lemah, sehingga tidak sedikit ulama yang menilai hadis ini lemah.
Abu Utsman Sa’id bin Al-Abbas ar-Razi meriwayatkan dari Ibn Abbas, katanya, “Sesungguhnya anjing merupakan jenis jin yang lemah, siapa yang didatangi oleh anjing pada makanannya, segeralah makan makanan itu atau ditunda.”
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Mughaffal, Nabi saw. bersabda, “Kalaulah anjing itu bukan suatu umat, niscaya aku perintahkan kalian untuk membunuhnya. Maka, bunuh saja anjing yang hitam legam.” At-Tirmizi meriwayatkan dari Abdullah bin Mughaffal denganlafal yang lain, “Kalaulah anjing itu bukan suatu umat, niscaya aku perintahkan kalian untuk membunuhnya. Maka, bunuhlah darinya yang hitam legam saja.” Muslim meriwayatkan dengan redaksi, “Berhati-hatilah terhadap yang hitam legam yang mempunyai dua titik (bintik), kerana sesungguhnya itu syaitan.”
Rasulullah juga menambahkan, “Jalannya anjing yang hitam dapat memutuskan salat.” Lalu, ditanya kepada beliau, “Bagaimana dengan anjing berwarna merah, putih, selain warna hitam?” Beliau menjawab, “Anjing hitam adalah syaitan.” (hari Ahmad).
| Gambar Hiasan |
Al-Qadhi Abu Ya’lah mengatakan, “Jika ada orang yang bertanya pengertian ucapan Rasul bahwa anjing hitam adalah syaitan, padahal diketahui ia lahir dari anjing itu sendiri, atau unta dikatakan sebagai jin, padahal ia lahir dari unta juga, maka jawabannya, beliau mengatakan itu untuk menyerupakannya dengan jin, kerana anjing hitam adalah anjing yang paling berbahaya dan paling sedikit kegunaannya dibandingkan anjing-anjing lain, sedangkan diserupakannya unta dengan jin kerana sulit jangkauannya.”
Ath-Thabarani dan Abu asy-Syaikh dalam kitab Al-Azhamah meriwayatkan sebuah hadis sahih dari Ibn Abbas, ia berkata, Rasulullah bersabda, “Ular adalah perubahan bentuk jin, sebagaimana perubahan kera dan bab.. dari Bani Israel.”
Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dari Jabir bahwa Rasulullah mengatakan, “Hati-hatilah kalian berjalan di malam hari, kerana bumi tersembunyi di malam hari; jika hantu menjelma di hadapan kalian hendaklah kalian mengumandangkan azan.” (Lihat Jam’ul Jawami’ oleh As-Suyuthi)
Rujukan:
1. Luqath al-Marjan fi al-Ahkam al-Jan, Imam Jalaluddin as-Suyuthi
2. Yang Tersembunyi: Jin Iblis, Setan, & Malaikat dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah serta Wacana Pemikiran Ulama Masa Lalu dan Masa kini, M. Quraish Shihab

Beri Tahu Teman Anda!
Tag :
Info,
TANDA-TANDA ANDA TERKENA SIHIR
By : Hollowmen
Assalamualaikaum dan hai, malam ni saya nak kongsi sedikit sebanyak tanda-tanda terkena sihir.. Sebenarnya ada banyak tanda yang kita sendiri tidak tahu..Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !
i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.
Tanda2 sihir, saka, histeria, gangguan makhluk halus
TANDA – TANDA KETIKA JAGA
1. Sering sesak nafas terutama diwaktu petang & tengah malam tanpa sebab.
2. Sering sakit kepala yg. luarbiasa, makan ubatan moden pun xsembuh2, doktor kata anda ok je.
3. Kadang2 pengsan tanpa sebab, jumpa doktor, tapi doktor kata anda penat kot.
4. Rasa takut tanpa sebab.
5. Sakit tulang belakang, dah pergi jumpa tukang urut&doktor tapi jawapannya…anda xde masalah..pelik betul kita sakit tapi dia kate kita sihat lak.
6. Fikiran runsing tanpa sebab.
7. Terdengar suara bisikan ditelinga

TANDA2 KETIKA TIDUR1. Sering mimpi jatuh dari tempat tinggi.
2. Mimpi binatang seperti ular.
3. Mimpi bermain dengan kanak2 kecil.
4. Sukar tidur tanpa sebab.
5. Mimpi terbang, jumpa hantu.
6. Mimpi pergi ke perkuburan
2. Mimpi binatang seperti ular.
3. Mimpi bermain dengan kanak2 kecil.
4. Sukar tidur tanpa sebab.
5. Mimpi terbang, jumpa hantu.
6. Mimpi pergi ke perkuburan
KESAN2 SIHIR
1. MURTAD
2. MAUT
3. GILA
4. SAKIT & MENDERITA BERTERUSAN
5. PERCERAIAN
1. MURTAD
2. MAUT
3. GILA
4. SAKIT & MENDERITA BERTERUSAN
5. PERCERAIAN
Lagu Ini BERHANTU?
By : Hollowmen![]() |
| Korang kenal siapa dia? |
saya agak tertarik dengan nama Alda ini hanya selepas saya membaca satu blog nama apa entah..
Sedikit sejarah mengenai Alda Risma.. Penyanyi dari negara seberang, Indonesia ini popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998.. Kemudian ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006..
Saya tak penah dengar lagu ni sebelum ni. 'It's this haunting melody from' Alda yang ramai tak pernah dengar. Takda klip video asal untuk lagu ni, yang ada ini pun mungkin telah dibuat oleh 'Fans' Arwah agaknya. Jadi korang layan. 'Just click play' sambil baca cita saya kat bawah. Kisahnya.. ni antara lagu terakhir yang di rakam oleh Alda... Korang carik wikipedia - Alda Risma baca sendiri. Rupa-rupanya dia pada mulanya, difikirkan telah mati akibat dos berlebihan dalam bunuh diri selepas kesan-kesan suntikan ditemui pada dirinya... Kemudian, teman lelakinya dikaitkan dengan kes ni...
Kalau dengar lagu ni, korang akan perasan sesuatu yang pelik dengan lagu ni...
Malam sunyi kusendiri
Kaki mencari Jasad
By : Hollowmen![]() |
| Gambar Hiasan |
Sameah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Harun memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Sameah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.
"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Sameah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.
"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Harun. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Harun terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.
Sebaik sahaja Harun pergi, Sameah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Sameah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.
Sameah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Sameah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Sameah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Sameah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Sameah menidurkan Azril di dalam biliknya.
Sedang Sameah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Harun di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Sameah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.
"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Sameah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Harun terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Sameah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Sameah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Sameah. Sameah hanya tersedar apabila jenazah Harun sampai selepas Zuhur di rumahnya.
"Yah, kalau nak tengok muka Harun buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Sameah merenung mayat Harun yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Sameah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Harun tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.
Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Sameah masih menangisi kematian Harun. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Sameah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Harun. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.
Malam itu Sameah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Sameah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Sameah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.
"Kucing agaknya," bisik hati Sameah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Sameah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Sameah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Sameah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.
"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Sameah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Sameah.
"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Sameah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Sameah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?
Perasaan Sameah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?
Sameah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Sameah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.
Tetapi malam itu sekali lagi Sameah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Sameah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Sameah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Sameah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Sameah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Sameah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Sameah teringat sesuatu.
"Ya Allah, abang Harun..." bisik Sameah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Sameah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Sameah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Sameah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Sameah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Sameah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Sameah. Sameah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Harun yang dilihatnya.
"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Sameah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.
"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Sameah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Harun di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Harun terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Sameah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Harun di dalam semak di tempat kemalangan.
"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Sameah bertanya mengapa dia melihat kaki Harun berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Harun dikebumikan, Sameah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.
Tag :
Seram,
Betulkah Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik Ini ‘Keras’?
By : HollowmenSeram! Benarkah Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik Ini ‘Keras’? | Banyak kisah seram melibatkanpengalaman memandu kereta di jalan lebuhraya semenanjung Malaysia. Antara kisah seram yang sering disebut-sebut adalah di Karak. Kisah dipercayai benar sehingga ada pihak menerbitkan Filem Karak bagi mendapatkan gambaran sebenar. Kali ini pula adalah tentang cerita yang dialami oleh sebuah keluarga yang berhadapan detik seram ketika melalui lebuhraya Bukit Grik. Adakah anda pernah merasai pengalaman seram di lebuhraya ini?
Pada 16-18 May 2008 kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku kecelakaan motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta untuk balik malam itu juga… Tetapi dalam perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dapat call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah… Allah lebih sayangkan dia… Al-Fatihah buat arwah… Jadi kami teruskan juga perjalanan ke Terengganu dengan hati yang tabah.
Setelah semuanya selesai, Ahad malam Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yang perlu disiapkan, dan kami bertolak dari Kuala Terengganu dalam 10.30 malam… Mula masuk Lebuhraya Bukit Grik dalam 1.30 pagi… dan sepanjang perjalanan, aku rasa macam biasa, cuma bini aku cakap dia pening dan rasa nak muntah..mungkin sebab jalan yang bengkang-bengkok.
Alhamdulillah, kami sampai ke Grik dlm kul 4.10 pagi, dan kami stop kat R&R sebab aku nak buat urusan kat toilet… Macam biasa aku lock kereta kalau aku tinggal sat anak bini aku, tapi alhamdulillah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm… Tiba-tiba kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas pi tengok kereta aku, tak ada apa2 berlaku…Then aku pi dapatkan bini aku, dia nampak mcm takut… Aku tanya kenapa? Dia kata ada orang lalu mundar-mandir depan kereta aku tu, tengok direct kat mereka dlm keta. Then, masa tu kereta aku berbunyi, tiba-tiba orang tu hilang…
So aku pujuk bini cakap maybe orang tu driver lorry dekat-dekat situ yang lepak sama…. Then kami teruskan perjalanan ke Penang… start nak masuk Lebuhraya baru Grik-Baling dalam pukul 4.30 pagi… Aku nampak kabus tebal… Rasa berat hati nak teruskan, ingat nak U-turn… jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jalan aku nak U-turn… Tapi bila terus…still takder lampu jalan, sebab bateri solar untuk lampu tu dah habis kot. So aku make desicion teruskan perjalanan…
Tiba-tiba aku rasa semacam jer… Then bini aku tiba-tiba macam terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut…Aku pun sama baca apa yg patut… Then aku rasa kereta aku macam berat… aku tekan minyak juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4… masa tu turun bukit! Korang bayangkan turun bukit guna gear 4 . Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit… Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit… Tapi ini turun bukit gear 4.
Alhamdulillah depan kami ada lori balak, rasa ringan semula… Bila aku dah overtake lori tu, tak lama aku rasa berat balik. Macam tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4…Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku…. Sepanjang nak keluar Lebuhraya tu nak sampai ke Baling, dalam 3-4 kali aku rasa macam tu. Kadang-kadang aku macam terasa nak tengok tepi cermin. Tapi bila tengok takder apa-apa.
Alhamdulillah, kami dpt kuar dari Lebuhraya tu dan sampai ke Baling… Then takder rasa apa-apa. Lepas tu ada bukit-bukit nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5….
Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku cakap kat bini aku… (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-kot kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ…) Lepas aku cakap kat bini aku, barulah bini aku rasa beban yg dia rasa tadi hilang tiba-tiba… rasa lega.
Kami selamat sampai rumah kat Seberang Jaya dalam pukul 7.30 pagi… itu pun aku sempat lagi pi beli nasi kandar kat Jalil bagan… Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku… Bini aku cakap, masa perjalanan nak ke Kuala Terengganu pun dah ada nampak benda pelik… Dia nampak macam orang tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia.
Then masa nak balik ke Penang, still orang yang sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat Highway Grik Baling tu orang tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dengan beranikan diri buat tak tahu jer… Kuat juga bini aku. Tahniah!
Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga…Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat… Dia ada nampak macam benda putih follow kereta kami… Nauzhubillah..! Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah….Then kami cerita benda tu kat family kat kampung, adik ipar aku yang sorang tu cerita, dalam bulan lepas, member dia terbabas kereta kat Highway Baling Grik sebab rasa benda yang sama.. kereta rasa berat, then lost control terbabas… Dia kata kami Alhamdulillah kuat juga dapat lawan….
Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu Highway Baling grik tu, kalau boleh jangan lewat sangat. Tunggu sat kat Pekan Grik tu…dah masuk subuh, baru la boleh tempoh jln tu… Tapi kalau kuat, belasah jer…
Wallahu’alam….
Tag :
Seram,