Popular Post

Archive for June 2013

Permainan Memanggil Roh

By : Hollowmen
ATTENTION :Sesungguhnya permainan ini semua adalah merupakan sejenis pemujaan. Jangan bermain permainan ini kerana dikhuatiri akan mendatangkan bahaya. Sebaiknya bahan bacaan ini digunakan untuk menambah ilmu sahaja. Sesungguhnya pemujaan adalah syirik, dan syirik adalah berdosa besar kerana menyekutukan tuhan. Apa yang terjadi kat anda bukan tanggungjawab saya..



1. Spirit of The Coin/ Ouija Board


Level: Sangat berisiko tinggi.

Spirit of the coin atau lebih dikenali dengan Papan Ouija di barat dan juga dikenali sebagai papan semangat, adalah papan yang mempunyai huruf abjad dari A-Z, nombor 0-9, perkataan "YES", "NO", "HOME", dan "GOOD BYE ". Ia adalah tanda dagangan berdaftar Hasbro Inc sejak 1991. Yes, Hasbro. Syarikat yang sama buat permainan budak-budak tu, ataupon board game.

Bahan: Papan Ouija, duit syiling atau apa-apa yang boleh dijadikan sebagai penunjuk, sebatang lilin (kalau korang perlukan sedikit cahaya, gelap sangat nanti tak nampak pulak kan).

Cara bermain:

Permainan bermula dengan mantera (konon-konon la kan) yang dibaca untuk memanggil roh seperti ini:

"spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.please come out and play with us".
Pastikan rakan-rakan anda dalam keadaan senyap semasa bermain permainan ini. Ini kerana roh atau hantu takot nak datang kalau bising, dah macam kat club or funfair lak. Baca mantera sehingga kedatangan roh dapat dirasai. Selepas membaca mantera, pemain bolehlah bertanya kepada roh atau spirit soalan-soalan yang hendak ditanya. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan seperti tanya result nombor ekor dan sebagainya, yang tu pak belalang je yang tau. Jangan bertanya soalan seperti "Nak masuk rumah?", "Nak berkawan dengan saya?", ini kerana dikhuatiri roh akan mengikut atau menghantui pemain. Sekiranya sudah selesai bermain, pastikan roh atau spirit dihantar pulang semula. Sekiranya tidak, mainlah sehingga roh atau spirit tadi jemu dengan korang dan nak balik iaitu dipetak "GOODBYE". Kalau tak nak balik jugak, mainlah korang sampai lebam, sape suruh korang menggatal nak main sangat kan.Hahaha.

Penjelasan: Ouija board adalah sejenis pemujaan atau cara untuk berkomunikasi dengan roh. Ia dikatakan berasal dari China semasa Dinasti Song yang digunakan untuk menghubungi orang yang telah mati ataupon roh. 

Peringatan: Risiko permainan ini amat tinggi dan dinasihatkan jangan mencuba permainan ini. Bagi yang beragama Islam, permainan ini merupakan pemujaan jadi ia adalah syirik dan syirik pula hukumnya berdosa. 

2. Simpang Jalan



Level risiko: Sederhana tinggi

Bahan:
Sebuah sisir dan sesuatu untuk menutupi muka anda, tuala ke, baju ke, buku, beg, beg plastic, apa-apa je yang pentingnya boleh menutup muka. Permainan ini boleh dimainkan sendiri atau ramai-ramai.

Cara bermain:
Pada tengah malam, berdiri di sebuah persimpangan jalan yang sepi, kalau boleh bukan ditengah bandar, jangan di persimpangan yang sesak atau sibuk, jangan di selekoh tempat polis buat sekatan jalan. Silap-silap polis tangkap lak suspek perompak.
Buat bunyi dengan cara menggesekkan jari anda ke bahagian sisir yang untuk menyisir (bukan pemegang) dan ucapkan tiga kali:
 "Tsuji-ura, tsuji-ura, grant me a true response."
Tunggu sampai ada orang menghampiri. Orang yang menghampiri perlu seseorang yang anda tidak kenal. Kalau anda lihat ada orang menghampiri, tutup muka anda dan teman-teman anda. Lalu tanyalah pada orang itu siapa dia. Kalau dia tidak menjawab, anda harus tunggu hingga ada orang lain yang menghampiri dan menjawab anda.

Penjelasan: 
Permainan ini berasal dari Jepun. Dimainkan untuk meramal nasib atau meminta petunjuk untuk nasib yang baik. 


3. Demon's Face (Wajah Syaitan)


Level risiko: Sangat berisiko tinggi

Bahan: 
12 lilin berwarna hitam. Kalau ada jam loceng antik yang berbunyi setiap jam di rumah lebih bagus.

Cara bermain:
Masuk ke dalam bilik mandi yang ada cermin, beberapa saat sebelum tengah malam. Matikan lampu. Nyalakan lilin hitam di depan cermin, dan berdiri menghadap cermin. Tutup mata anda. Tepat jam 12 malam, atau ketika jam loceng berbunyi menandakan pukul  12 malam, buka mata anda. Anda akan melihat wajah syaitan di dalam cermin.

Penjelasan: 
Permainan ini berasal dari Sepanyol.

4. Channeling The Ghost/Spirit


Level Risiko: Sangat berisiko

Bahan:
Daun kad (poker card), lilin, garam.

Cara bermain:
Pilih satu bilik gelap dan buat bulatan menggunakan garam atau batu. Duduk ditengah-tengah bulatan tersebut. Dipercayai oleh orang barat dapat melindungi diri dari tenaga negatif yang mungkin mengganggu semasa permainan dimainkan. Nyalakan lilin dan letak ditengah-tengah bulatan, berhadapan dengan korang. Lebih banyak lilin lebih bagus kerana dipercayai oleh orang barat dapat memanggil atau menarik perhatian roh dengan mudah. Percikkan atau taburkan sedikit garam ke atas lilin ataupon ke atas kad. Kocok kad dan ambil empat keping kad dan terbalikan kad. So tak tau la kad tu ade bentuk ape kan. Tanya soalan yang boleh dijawab dengan "ya","tidak","mungkin" atau "tak tahu". Selesai bertanya, angkat sekeping kad daripada empat keping yang anda tutup tadi. Kalau dapat "Hearts" = ya, "Spades" = tidak, "Diamonds" = mungkin, dan "Clubs" = tak tahu. Sekiranya jawapan anda dapat kerap "Diamonds" atau "Clubs", cuba bertanya soalan lebih spesifik. Sebaliknya jika jawapan anda "Spades", matikan lilin dan hentikan permainan.


Penjelasan: Berasal dari orang-orang Rom dan Greek.
Tag : , ,

Rumah Paling 'Keras' Di Malaysia.

By : Hollowmen
1. Rumah Berhantu Di Seksyen 2, Shah Alam.



Rumah hantu yang paling famous dan paling keras. Rumah banglo la katakan. Memang keras la, bukan buat pakai kayu macam rumah kampong tu. Hehehe. Cerita ni rasanya dah lama, tapi mungkin ade jugak yang tak tau kewujudannya. Kalau ade sape2 yang berani nak test power, try test la duduk 2 hari 1 malam kat situ. Ni cerita salah seorang mangsa, betul ke tak, aku pun tak tau.


Alkisah.....

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310



Boleh percaya ke tak??korang tentukan sendiri la. Tak nampak depan mata, memang susah sikit nak percaya, tapi bila dah jumpa depan mata, terkencing dibuatnya...hahaha


2. Rumah Banglo Seksyen 12 Shah Alam



Banglo ni terletak kat Seksyen 12 Shah Alam. Kalau masuk kawasan ni berbukit sikit. Turun dari bukit nampak lah rumah banglo yang tersergam indah lagi gagah ni..dulu laa...Ada yang kate rumah ni merupakan rumah Mona Fendi dan ada pulak yang kata rumah ni rumah Dato' Mazlan, yang kena kerat tu. Tak tahu la yang mana satu kan.Tapi apa yang peliknya, rumah banglo ni macam x siap je. Macam di tinggalkan sebelum siap dibina sepenuhnya. Kontaktor lari kot, tak cukup budget..hehe..Memang banglo ni besar dan keluasan kawasan sekitarnya juga besar. Kalau datang waktu siang, korang tengok banglo ni pon dah agak seram, cuba datang waktu malam pulak. Lagilah seram kan. Ada jugak dengar cerita ramai yang dah cuba pergi sana dan nak experience la jumpa dengan hantu. Tapi takde jumpa pon. Yelah, hantu ni pon kalau boleh taknak jumpa dengan kita kan. Ada jugak yang buat photoshoot kat situ. Gambar hantu tak nampak. Tapi banyak orbs atau cahaya yang bulat-bulat tu. Ntah-ntah, kelip-kelip kot..hahaha..Tapi seriously tempat ni memamg agak menyeramkan dan menakutkan dan penah ada orang amik gambar kat sini lepas pukul 12 malam dan nampak kelibat seorang perempuan berbaju putih berdekatan sebatang pokok besar berdekatan dengan rumah tersebut. Rumah ni memang kompem keras, kalau tak percaya pergi hantuk kepala kat dinding rumah tu. kalau sakit, betul lah rumah ni keras. kalau tak sakit, korang memang keras kepala...hahaha..
Tag : , ,

Kisah Seram Di Genting Highlands

By : Hollowmen


Kisah Seram Di Genting Highlands

Kisah ini telah dipetik dari sebuah blog mengenai beberapa siri kisah seram melibatkan kawasan peranginan Genting Highlands. Mungkin ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan yang dikatakan berhantu sudah berubah. Jom baca kisah seram di bawah ini.

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini 

Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
 adi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.

Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.

1. Amber Court




Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:

Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:

“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”


“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”


“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”



2. Apartment Ria



Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:

“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “


Ini yang berlaku di sini:

-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen

Ini cerita mereka di Apartment Ria:

“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”


3. First World Hotel




Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.

Ini kesnya:

-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran

Ini cerita dari orang yang mengalaminya:

kat 1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm


4. Cradle Rock


Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:

budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2.ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.



Tag : , ,

Kisah Seram Penjara Pudu

By : Hollowmen
         Setalah saya baca satu artikel yang ada di dalam blog semalam, baru saya sedar, rupa-rupanya banyak perkara di sebalik tembuk penjara yang kita tak tahu. Semoga artikel ini boleh diambillah iktibar  agar kita tidak terjerumus ke lubang pintu neraka dunia ini....


           Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, Penjara Pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan?

           Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan“BILIK TERAKHIR “ adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat tersebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.










      Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosonganPenjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

     Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.



       Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891untuk mengurungkan 600 orang banduan. Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

      Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.Penjara Pudu di uruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

















"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"








Tag : , , ,

- Copyright © Welcome To This Story - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Hollowmen -