- Back to Home »
- Seram »
- Siapa Budak Perempuan Itu?
Posted by : Hollowmen
June 04, 2013
Contoh Sahaja.. |
Apa yang berlaku di sekolah itu, tidak dapat saya lupakan sampai ke hari ini. Saya dan kawan-kawan duduk di sekolah sampai malam kerana hendak menghabiskan projek kami. Sedang kami membuat projek, langsung tidak sedar, hari sudah malam. Kebetulan waktu itu tepat pukul 6:30 petang. Kami pun kemas barang kami untuk pulang ke rumah. Ketika itu, saya rasa perlu untuk ke tandas. Saya menyuruh kawan saya menemani saya tetapi mereka tidak mahu. Terpaksa saya pergi tandas seorang diri. Bila saya masuk tandas itu, saya tak fikir apa2 dan terus masuk ke kubikel yang pertama.
Tiba-tiba saya terdengar orang masuk ke dalam tandas. Saya fikirkan teman saya, jadi saya pun berkata, "Eh, tadi aku suruh temankan aku, kau tak nak? Sekarang kau pun masuk jugak?" Kawan saya tidak jawab. Saya fikirkan dia penat kerana kita berada di sekolah sampai petang. Jadi, bila saya keluar dari tandas itu saya lihat, pintu tandas semua terbuka dengan luas. Maklumlah, tandas itu sudah lama, dan pintunya sudah karat dan bila dibuka ia berbunyi. Saya rasa hairan. Tapi bila saja saya mencuci tangan, ada seorang perempuan berdiri di sebelah saya. Yang peliknya dari mana dia datang? Saya sendiri tidak nampak dia masuk. Meremang bulu roma saya.
Bila saya teruskan mencuci tangan saya, perempuan yang berdiri di sebelah saya berkata, "Kenapa kau cuci tangan dengan air, dan aku cuci tangan dengan darah?" Saya punya terperanjat. Bila pandang ke arahnya, hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya saya pada waktu itu. Seluruh badannya berlumuran darah. Mukanya sangat hodoh. Apa lagi, saya terpekik terus pengsan. Bila saya sedar, saya berada di "sick bay".
Cikgu memberitahu saya apa yang saya nampak tadi kemungkinan adalah seorang budak perempuan yang telah membunuh diri di dalam tandas berkenaan, dan rohnya tidak tenteram. Dan untuk pengetahuan semua, dahulu di daerah Bishan merupakan tempat perkuburan orang2 Cina.