- Back to Home »
- Seram »
- Kisah Misteri Di Pulau Langkawi
Posted by : Hollowmen
June 04, 2013
Gambar contoh |
Setibanya di pusat perkhemahan, kami terus panik. Wong tiada di katilnya! Kami pun ramai-ramai menjerit namanya. Pun tiada jawapan. Sehinggalah sampai ke hujung sudut daerah perkhemahan. Terdengar suara seorang gadis menangis tersedu-sedu. Mulanya kami kurang pasti samada itu Wong sebab mukanya tunduk ke bawah dan ditutupi rambut yang kusut masai dan memeluk ke dua-dua belah lututnya. Dia duduk menggigil betul-betul di ceruk sudut tembok. Perlahan-lahan kami mendekatinya. Tangannya begitu sejuk dan apabila dia mendongak... Alangkah terperanjatnya kami...!!! Matanya dah naik ke atas!!!
Pelatih kami pun mengarah kami untuk membaringkan Wong dan menahan kaki dan tangannya yang ketika itu terus meronta2. Sedang pelatih kami membaca Ayat Kursi, Wong mengilai tapi suaranya garau dan pastinya bukan suaranya!!! Lama-lama suara itu menjadi perlahan dan kelihatan banyak buih keluar dari mulut Wong. Alhamdulillah, Wong sudah kembali normal selepas hampir sejam kemudian. Malam itu, kami semua rasa takut nak tidur. Terdengar bunyi orang megetuk tingkap dari hujung kiri ke hujung kanan tempat rehat kami, tapi yang seramnya bayang pun tiada!!! Keesokan harinya, kami bertanya pada Wong tentang kejadian semalam.
Dia kata dalam perjalanan ke tempat perkhemahan kami, dia melintasi beberapa pokok kelapa. Tiba-tiba dia terhenti kerana kakinya terpijak sehelai kain putih dan apabila dia mendongak alangkah terperanjatnya!!! Ada makhluk setinggi pokok kelapa memandang bawah ke arahnya. Bayangkan rambutnya panjang terburai hampir ke lantai, mukanya hitam dan hodoh dan memegang ranting pokok sambil tenung tajam ke arah Wong. Mungkinkah dia terserempak hantu galah sehinggakan dia tersampuk dan mahkluk itu merasuk tubuhnya? Sampai sekarang saya masih takut nak berkelah di mana2 pulau... Ngeri betul!!